Kejutan

Alhamdulillah aku dapat kembali menulis di dalam blog yang serba ‘simple’ ini. Em, tak tahulah bila nak ‘decorate’ lawa-lawa  blog nie. Yea, at least dengan gambar-gambar yang menarik.. InshaAllah suatu hari nanti..Aku berminat nak kongsi sesuatu dalam blog ni, terutamanya untuk renungan diri ku sendiri.

Hari Sabtu minggu lepas (25/10/08), aku dikejutkan dengan sesuatu yang aku tak pernah jangka. Aku dan hubby bawa anak kami, Muhammad Ismail ke klinik apabila kami dapati ada benjolan di pangkal paha kaki Muhammad semasa memandikan dia. Benjolan tu agak besar jugak. Hatiku mula sedikit resah…Sampai di klinik pakar bayi tersebut, Dr di sana pun terus memeriksa Muhammad selepas aku memaklumkan terdapat benjolan di pangkal pahanya. Diangkatnya kaki Muhammad sambil membengkokkan lututnya dan mengkangkangkan kakinya sehabis yang boleh. Didapati keluasan kangkangan Muhammad sedikit terhad, di tambah dengan benjolan tersebut, Dr pun menjangkakan kemungkinan Muhammad mengidapi ‘Congenital Dislocation Hip’ (CDH). Dr mengatakan dengan umurnya yang 5 bulan agak terlewat diberi rawatan yang sepatutnya yang mungkin juga melibatkan pembedahan bagi membetulkan keadaan kakinya. Air muka hubby ku terus berubah dengan maklumat tersebut. Aku cuba mengawal tahap kerisauan ku. Dr tersebut perasan dengan situasi yang berlaku, lantas berkata ‘Jangan risau, masih ada peluang untuk sembuh..’ Setelah Dr memberikan penerangan ringkas berkenaan CDH, aku pinta Dr untuk menulis notis kepada pakar orthopedic yang bakal aku temui nanti. Aku dan suami cadang untuk ke PPUM sahaja, memandangkan kami sudah biasa di sana. Walaupun hanya consultation yang kami peroleh, bayaran tetap bayaran iaitu sebanyak RM 40 bagi perkhidmatan consultation. Tapi itu tidak menghairankan kami memandangkan kami lebih memikirkan tentang kesihatan Muhammad.

Hubby ku kelihatan begitu risau sepanjang perjalanan kami pulang dari klinik tersebut. Aku cuba menenangkannya supaya sama-sama tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Aku sedar ujian merupakan suatu proses untuk memperoleh pahala, proses untuk memperoleh kebaikan dan suatu proses ditingkatkan darjat seseorang hamba…dan aku teringat akan sebuah hadith yang bermaksud:

Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan pada dirinya, maka Dia memberikan ujian kepadanya  (HR Bukhari no. 5645)

Penantian hari Selasa untuk ke PPUM terasa terlalu lama. Isnin pula cuti Deepavali. Sungguhpun begitu, aku cuba mententeramkan diri dengan sedayanya tidak memikirkan perkara tersebut. Alhamdulillah kesibukan menyiapkan juadah untuk tetamu pada hari Ahad telah membantu diri ini tidak terlalu memikirkan perkara tersebut. Hari tu, teman-teman  se’Lab’ datang ziarah sempena raya puasa.

Untuk memotivasikan diri ini, aku kembali menyelak membaca sebuah buku kecil terjemahan yang bertajuk ”Doa & Hiburan: Bagi Orang Sakit dan Terkena Musibah, Menurut al-Quran dan as-Sunnah yang Shahih” yang ditulis oleh Yazid b. Abdul Qadir Jawas. Buku berbaki yang pernah aku berikan sebagai salah satu cenderamata semasa kenduri kahwin ku dulu. Dan pengisian buku inilah menjadi hasrat diriku ini untuk dikongsi di dalam blog ini.. Ringkasan berkaitan buku ini akan ku bentangkan akan next time, InshaAllah

 

Buku Doa & Hiburan Bagi Orang Sakit dan Terkena Musibah                                   

 

Aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, setelah pemeriksaan rapi di buat di Orthopedik Department PPUM. Anak aku di dapati sihat dan tidak mengalami seperti apa yang dijangkan sebelum ini iaitu CDH. Physical examination jugak mendapati alignment kedua-dua kaki Muhammad normal dan laporan X-ray menunjukkan kaki anak ku tiada sebarang masalah ’Dislocation of Hip’, alhamdulillah. Cuma sedikit limitation during abduction of the Hip. Sungguhpun begitu, ia dikira normal. Mungkin itu yang Dr di klinik pakar bayi tersebut tersalah predict, lagi pun tiada sebarang diagnostic imaging yang dilakukan pada masa tu. Habis apa sebenarnya benjolan tersebut? Hehe ..aku tersenyum apabila ia hanyalah kesan injection imunisasi Muhammad minggu lalu. Tapi tak sangka, sebab benjolan nya terlalu besar dan tiada sebarang reaksi kesakitan yang ditunjukkan Muhammad, itulah yang menghairankan.

 

Muhammad Ismail ketika menjangkau 5 bulan

Advertisements

~ by ummuismail on November 6, 2008.

One Response to “Kejutan”

  1. tough la mail ni…hehehe tak rse sakit pun

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: